KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Idris Mat Diah meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi setelah tidak sedarkan diri.
Berita tersebut dikongsi Persatuan Seniman menerusi aplikasi Whatsapp pagi tadi.
Menurut anaknya, Alia, pelakon yang popular watak Pak Ndak menerusi drama pecah panggung, 7 Hari Mencintaiku itu tidak mempunyai selera makan sejak dua tiga hari kebelakangan ini.
“Jenazah ayah dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah kami di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.
“Sekiranya arwah ada berhutang pada sesiapa, kami mohon menghubungi pihak waris bagi membincangkan berkenaan perkara tersebut,” katanya.