Ibu jari putus ditetak didakwa ganggu teman wanita rakan sendiri - Utusan Malaysia

Ibu jari putus ditetak didakwa ganggu teman wanita rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Berang teman wanitanya diganggu rakan sendiri, seorang lelaki berusia 20 tahun bertindak di luar batasan selepas melibas pedang samurai ke arah rakannya yang berusia 28 tahun sehingga putus ibu jari tangan kiri.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.45 petang kelmarin di hadapan sebuah rumah di Permatang Tok Brain, Telok Air Tawar, di sini yang turut menyebabkan mangsa luka pada lengan kanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komsioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu dikatakan berpunca apabila mangsa didakwa menganggu teman wanita suspek.

“Suspek telah memanggil mangsa yang bersahabat sejak mereka masih kecil itu ke rumahnya untuk berbincang mengenai teman wanita suspek yang diganggu oleh mangsa.

“Mangsa hadir berseorangan dan ketika tiba, suspek mengeluarkan sebilah pedang samurai dan menetak ibu jari kirinya hingga putus selain cedera pada lengan kanan ketika cuba menepis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, suspek yang mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu telah ditahan kira-kira pukul 5 pagi semalam bagi siasatan lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya