Gotong-royong aktiviti Hari Malaysia warga Seri Pagi 7 - Utusan Malaysia

Gotong-royong aktiviti Hari Malaysia warga Seri Pagi 7

Warga Seri Pagi 7, Saujana Utama, Sungai Buloh yang terlibat dalam gotong-royong pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Memanfaatkan cuti umum sempena Hari Malaysia, kejiranan Jalan Seri Pagi 7, Saujana Utama di sini mengadakan program gotong-royong pagi tadi.

 

Program selama empat jam yang bermula pada 8 pagi itu disertai oleh kira-kira 40 penghuni kawasan tersebut yang matlamat utamanya adalah memastikan tahap kebersihan sentiasa dalam keadaan terbaik.

 

Pengarah projek, Saad Khalid berkata, selain itu, program tersebut juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara jiran terutama ada beberapa penduduk yang baharu pindah ke situ.

 

Katanya, bagi memudahkan operasi peserta dibahagikan kepada empat kumpulan untuk membersihkan kawasan sekitar bagi mengelak merebaknya wabak denggi. Selain itu, dua tong roro turut disediakan untuk mengumpul bahan buangan.

 

“Kami turut mendapat bantuan Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama untuk membersihkan longkang-longkang selain memeriksa tahap tekanan air pili bomba,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama membantu membersihkan longkang.

 

Sebahagian wanita yang menyertai program gotong-royong Jalan Seri Pagi 7, Saujana Utama, Sungai Buloh pagi ini.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kejiranan Penduduk Saujana Utama 1 (SUtRA1), Wan Ismail Hashim berkata, program itu sudah menjadi tradisi warga Seri Pagi yang sudah 20 tahun menetap di situ dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

Setakat ini, katanya, sambutan penduduk tidak pernah mengecewakan baik bagi aktiviti gotong-royong atau pun majlis keraian seperti rumah terbuka Aidilfitri.

 

“Tugas menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari juga dilakukan secara bergotong-royong termasuk oleh golongan wanita,” katanya.

 

Antara menu makan tengah hari adalah nasi putih, umbut kelapa masak lemak, ayam masak kicap, ikan goreng sambal dan sambal belacan serta ulam-ulaman.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya