Ganja RM1.6 juta terapung di laut - Utusan Malaysia

Ganja RM1.6 juta terapung di laut

MOHD. Zawawi Abdullah menunjukkan lokasi penemuan ketulan ganja mampat di perairan Langkawi pada Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 537 ketul ganja mampat bernilai RM1.6 juta yang terapung di perairan Pulau Chorong di sini Isnin lalu.

Barang terlarang dari negara jiran itu dicampak ke laut oleh penyeludup sebelum menunggu dikutip kumpulan penjenayah lain.

Dipercayai dadah tersebut dalam perjalanan ke Pulau Pinang, namun terbantut selepas kumpulan nelayan terlebih dahulu menemuinya.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, jumlah dadah yang ditemui pada pukul 9.30 pagi itu adalah yang terbesar dirampas Maritim Malaysia di perairan Langkawi dalam tempoh lapan bulan ini.

Menurut beliau, sindiket pe­ngedaran dadah memilih jalan laut sebagai modus ope­randi ekoran pintu sempadan darat Malaysia-Thailand belum dibuka kerana pandemik Covid-19.

“Penjenayah dipercayai membawa ganja dengan bot kemudian dicampak ke laut sebelum dikutip bot lain telah menjadi taktik terbaharu sindiket pengedaran dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mohd. Zawawi berkata, tiada tangkapan dilakukan dalam rampasan ganja tersebut.

Tambahnya, sepasukan anggota dalam Op Eagle Eye digerakkan ke lokasi dan mene­mukan dadah terbabit terapung pada kedudukan kira-kira 6.7 batu nautika di Tenggara Pulau Chorong selepas dimaklumkan nelayan.

“Ketulan ganja mampat de­ngan anggaran berat setiap satu kilogram itu diikat berbentuk kotak dengan 12 daripadanya dibalut guna plastik hitam manakala dua lagi guna plastik putih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya