KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya yang terlibat dalam kemalangan selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di sini malam tadi.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman sosialnya oleh isteri, Nurul Anati Ismail, 35, penulis lirik berusia 39 tahun turut mengalami banyak kecederaan di bahagian wajah.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.
Difahamkan, pengacara Jejak Rasul itu terlibat dalam kemalangan di Sri Pentas selepas terjatuh di tempat letak kereta.
ENDS.