Empat loji kembali beroperasi - Utusan Malaysia

Empat loji kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Empat Loji Rawatan Air (LRA) yang sebelum ini dihenti tugas akibat pencemaran bau kembali beroperasi secara berperingkat bermula pukul 10.30 malam tadi.

Keempat- empat loji tersebut adalah LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Sdn.Bhd.(Air Selangor), Elina Baseri berkata, keempat-empat LRA itu akan mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan LRA.

Menurut Elina, tempoh itu membolehkan LRA dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras empat meter yang dijangka selesai pukul 8.30 pagi ini sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

“Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Elina, Air Selangor akan terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sungai Tinggi (800 JLH), HORAS 600 (150 JLH) dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 2,023 JLH.

Jelasnya, dalam membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH.

“Selain itu, Air Selangor telah mendapat bantuan sembilan lori tangki daripada operator negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn.Bhd. (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. ( SAJ) bagi membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.

“Bantuan bekalan air yang telah dilaksanakan Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk sembilan daripada operator lain, 22 pili awam, 70 tangki statik dan mengagihkan air minum lima liter kepada para pengguna yang terjejas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya