Dua remaja lemas ketika mandi sungai - Utusan Malaysia

Dua remaja lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEGAMAT : Dua remaja ditemukan mati lemas selepas mandi di Sungai Segamat, Kampung Sekijang semalam.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa iaitu Tey Shan Hui, 15, dan Tan Kah Chun, 13 bersama tiga lagi rakan mereka sedang mandi-manda di sungai tersebut. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.22 petang berhubung kejadian itu.

“Seramai enam orang anggota dari Balai Bomba Bandar Segamat dan 11 orang anggota dari Balai Bomba Bandar Putra dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota penyelamat melakukan misi pencarian dan berjaya menemukan dua mangsa yang sudah tidak lagi bernyawa kira-kira tiga meter dari tebing sungai kira-kira pukul 5.20 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tengah, Segamat dipercayai berenang di kawasan yang agak dalam dan lalu mereka tergelincir.

“Manakala tiga lagi rakan mangsa berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun terselamat dalam kejadian itu. 

“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik, Hospital Segamat untuk dibedah siasat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya