Dananita bantu wanita ceburi perniagaan  - Utusan Malaysia

Dananita bantu wanita ceburi perniagaan 

HENRY SUM AGONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 57 usahawan wanita telah menerima kemudahan pembiayaan Skim Pembiayaan Perniagaan Dananita (Dananita) yang berjumlah RM1.75 juta sejak Januari hingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Henry Sum Agong berkata, dana itu bertujuan untuk membantu golongan wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan menerusi perniagaan secara kecil-kecilan.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu golongan wanita yang berminat menceburi bidang perniagaan sekali gus dapat membantu menambah pendapatan mereka.

“Bukan sekadar bantuan, tetapi inisiatif memberikan bimbingan agar mereka terus berdaya saing dalam perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Negeri Johor di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail. 

Kata Henry lagi, sepanjang 2019, pembiayaan Dananita telah dimanfaatkan oleh seramai 234 usahawan yang membabitkan peruntukan berjumlah RM6.6 juta. 

Tambah Henry, permohonan untuk mendapatkan pembiayaan berkenaan untuk tahun ini masih dibuka kepada individu yang berkelayakan. 

“Setakat ini, program berkenaan berjalan dengan lancar yang mana permohonan masih lagi dibuka kerana proses ini berterusan. 

“Jadi mana-mana permohonan yang tidak sempat bagi tahun ini juga akan dibawa ke tahun depan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya