Bot nelayan guna peralatan tidak berlesen ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan guna peralatan tidak berlesen ditahan

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang di kedudukan 2.1 batu nautika timur Pulau Jerejak pukul 6 petang semalam kerana disyaki melanggar syarat lesen. -IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat lesen iaitu menggunakan penangguk kerang dan siput lala yang tidak dilesenkan.

Pengarahnya, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot itu ditahan ketika rondaan Op Pertiwi/ Op Benteng di kedudukan 2.1 batu nautika timur Pulau Jerejak pukul 6 petang semalam. 

Menurut beliau, bot pukat hanyut itu dikendalikan seorang tekong lelaki berusia 53 tahun bersama dua awak-awak warga tempatan masing-masing berusia 52 dan 48 tahun.

“Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini. 

Menurut Hamizan,  Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara. 

Sehubungan itu, katanya, sekiranya terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang, 04-2626146 / 04-264 3650. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya