Bot bawa peralatan SPR nyaris karam dipukul ombak besar - Utusan Malaysia

Bot bawa peralatan SPR nyaris karam dipukul ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah bot membawa peralatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah nyaris karam selepas dipukul ombak besar di laut Sepanggar, Sabah, hari ini.

Beberapa individu yang menaiki bot Jabatan Laut Malaysia dan membawa peralatan SPR termasuk kertas undian bagaimanapun selamat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, operasi menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi memberitahu, pihaknya masih belum menerima jumlah sebenar mangsa di dalam bot tersebut dan pihak SPR telah dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Bagaimanapun, operasi menyelamat baru sahaja  digerakkan di lokasi kejadian dan semua mangsa dan juga peralatan di dalam bot tersebut selamat,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya