Biar SPRM siasat YNS - Aminuddin - Utusan Malaysia

Biar SPRM siasat YNS – Aminuddin

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, individu yang dikaitkan dalam kes tersebut juga sudah menamatkan perkhidmatan.

“Biar pihak SPRM melakukan siasatan, individu itu tidak lagi bertugas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek i-Suri oleh Kerajaan Negeri Sembilan dekat sini hari ini.

Beliau mengulas laporan yang dibuat oleh aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard yang sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 18 September lalu bagi menyerahkan beberapa dokumen berkaitan isu rasuah membabitkan yayasan itu.

Dokumen itu antara lain berkaitan pemberian tender secara terus konsesi balak seluas 2,023.4 hektar oleh YNS kepada empat buah syarikat. 

Difahamkan, syarikat berkenaan dikehendaki membayar hanya RM5 juta kepada yns sedangkan nilaian semasa harga bagi kawasan balak itu sekitar RM15 juta. 

Dalam pada itu, ketika ditanya memgenai dakwaan bahawa individu berkenaan didapati menggunakan gelaran Datuk palsu sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 September 2018, Aminuddin walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN