Benih padi tiada kualiti - Utusan Malaysia

Benih padi tiada kualiti

69, 654 kampit benih padi diagih ke Kedah, Perlis. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pesawah di daerah ini mengeluh kerana terpaksa membeli benih padi daripada orang tengah atau ejen pada harga mahal iaitu antara RM35 dan RM40 bagi setiap 20 kilogram.

Harga benih subsidi diwartakan kerajaan adalah RM28 untuk berat yang sama.

Pesawah mendakwa kea­­­­da­an­ itu disebabkan penguasaan ejen atau individu tertentu dalam aktiviti tersebut.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Haji Taib 3 di sini, Azhar Ismail berkata, pihak berkuasa perlu memantau dan membuat penambahbaikan dalam sistem penjualan benih padi.

Menurutnya, harga benih padi perlu kekal pada harga subsidi ditetapkan kerajaan.

“Mereka terdiri daripada kelompok yang mempunyai modal untuk membeli benih dalam kuantiti besar sebelum menjualnya kepada pesawah.

“Jika boleh bekalan benih padi dari kilang dihantar terus kepada PPK dan diagihkan kepada ketua-ketua unit di setiap kampung. Dengan cara ini pesawah boleh membe­linya pada harga subsidi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Azhar, jika kaedah tersebut dapat dilakukan ia mampu mengelak berlakunya mono­poli dan manipulasi harga oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Beliau menjangkakan pesawah terus menghadapi masalah itu ekoran musim menanam bermula bulan depan.

“Sebelum ini pesawah di sini mengalami masalah kelewatan mendapat benih padi, ia dipercayai akibat ada pihak yang mainkan harga,” katanya.

Selain harga yang mahal, jelas Azhar, pesawah juga mengalami masalah benih padi yang tidak berkualiti, menyebabkan percambahan padi gagal menepati piawaian.

Katanya, perkara itu menyebabkan wujudnya ­pa­di angin iaitu padi yang mudah relai dan akan gugur ke tanah sebelum sempat dituai.

“Benih tidak berkualiti ini disebabkan benih bercampur dengan padi muda atau yang belum matang semasa dipotong menggunakan mesin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN