Bayi ditinggalkan tepi tong sampah - Utusan Malaysia

Bayi ditinggalkan tepi tong sampah

SEORANG bayi ditinggalkan di tepi tong sampah pondok menunggu bas di Jalan Mahmoodiah berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki cukup sifat dan lengkap berpakaian ditinggalkan di tepi tong sampah pondok menunggu bas di Jalan Mahmoodiah berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Bayi malang berusia satu bulan itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 6.10 petang yang menyedari setelah terdengar tangisan di kawasan berkenaan.

Menurut suri rumah Abshah Abdul Hamid, 50, dia terlihat beberapa orang awam yang lain di pondok berhampiran ketika melalui jalan tersebut.

“Saya memberhentikan kenderaan dan mendapati ada orang sedang melihat bayi berkenaan. 

Orang pertama jumpa bayi lelaki ini diletakkan di tepi tong sampah di pondok berkenaan.

“Bayi yang ditemui lengkap berpakaian dan dibendung selain ada botol susu di sisinya. Saya anggap bayi lelaki dijaga elok keluarganya sebelum ini.

“Saya rasa umur bayi ini dianggarkan sebulan atau lebih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abshah berkata, wanita yang menemui bayi itu kemudiannya menahan ambulans yang melalui laluan itu memaklumkan penemuan bayi terbabit.

Katanya, mereka kemudiannya menghubungi polis sebelum pihak polis mengambil keterangan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, bayi itu dibawa ke HSA untuk rawatan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya