Awak-awak Myanmar ditahan, 200kg ikan dirampas - Utusan Malaysia

Awak-awak Myanmar ditahan, 200kg ikan dirampas

BOT nelayan tempatan yang disita atas pelbagai kesalahan dekat Pulau Lalang di perairan Bagan Datuk semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Jabatan Perikanan Perak menahan dua bot nelayan tempatan dan merampas kira-kira 200 kilogram ikan pelbagai jenis, atas pelbagai kesalahan dekat Pulau Lalang, perairan Bagan Datuk dekat sini kelmarin.

Pada masa sama, enam warganegara Myanmar berusia antara 40 hingga 50 tahun yang bekerja sebagai awak-awak di dua bot nelayan pukat tunda itu turut ditahan.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS)  Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, sitaan dua bot dan hasil tangkapan ikan tersebut dianggarkan bernilai RM1 juta.

Katanya, tangkapan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan rondaan di perairan berkenaan.

“Dalam pemeriksaan terhadap bot pertama pada pukul 8.46 pagi kira-kira 0.7 batu nautika dari Pulau Lalang, tiga lelaki Myanmar ditahan manakala 100 kilogram ikan dirampas.

“Tindakan itu dilakukan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan tiga nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, menggunakan saiz mata pukat kurang 38 milimeter serta tidak mengusahakan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mansor berkata, tangkapan kedua dilakukan tidak jauh dari bot pertama iaitu kira-kira pukul 9 pagi pada jarak 1.1 batu nautika dari Pulau Lalang.

Katanya, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menahan tiga lelaki Myanmar dan merampas 100 kilogram ikan kerana melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang sama.

Menurutnya, perkara itu membabitkan kesalahan menggunakan tiga nelayan asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, aiz mata pukat kurang 38 milimeter, tidak mengusahakan sendiri serta kod zon tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya