Amanah yakin penyokong Pas tak undi BN - Utusan Malaysia

Amanah yakin penyokong Pas tak undi BN

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Amanah yakin pengundi Pas tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pemimpin parti itu berkata, ini kerana secara fitrahnya, penyokong Pas tidak boleh menyokong BN dan tidak senang apabila dua parti itu bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan pengalaman beliau yang lama bersama Pas, penyokong tegar Pas tidak boleh menyokong BN.

“Saya yakin ada penyokong Pas yang tak akan mengundi BN, saya yakin itu, kita akan lihat perkara itu pada hari mengundi hari ini,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis ramah mesra bersama media di sini semalam.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penyokong Pas tak gembira apabila Pas bekerjasama dengan UMNO.

“Penyokong Pas yang berusia 50 tahun ke atas jelas memberi komitmen mereka untuk mengundi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi,” katanya.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Pas tenggelam dalam Pakatan Nasional (PN) apabila bersama UMNO dan Bersatu.

“Dalam PRK ini ada nampak lambang Pas? Yang ditonjolkan lambang dacing (BN). Saya tak faham mengapa Pas boleh setuju bergabung dan mengizinkan imej mereka tenggelam begitu saja,” katanya.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, parti itu mahu melihat pola pengundian dalam PRK Slim selepas Pas dan UMNO bergabung.

“Kita tidak memberi laluan untuk BN menang mudah dalam PRK ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN