9 invividu ingkar kuarantin di Amanjaya ditahan - Utusan Malaysia

9 invividu ingkar kuarantin di Amanjaya ditahan

PENDUDUK Amanjaya, Sungai Petani dikenakan perintah Temco.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai sembilan individu ditahan selepas didapati ingkar dengan arahan kuarantin di rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di tiga zon di Ambangan Heights, Amanjaya di sini sejak 28 Ogos lalu.

Tujuh daripada individu yang ditahan itu berusia antara 30 dan 52 tahun membabitkan ketua keluarga yang memakai gelang putih dan mereka didapati keluar dari kawasan sekatan jalan raya di kawasan masing-masing.

Sementara itu, dua lagi yang ditahan merupakan adik beradik berusia 17 dan 19 tahun yang memakai gelang merah jambu selepas mereka didapati berada di luar rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tujuh individu terbabit telah ditahan reman untuk siasatan manakala dua beradik itu diberi jaminan polis.

Menurutnya, mereka memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah ketika ditahan selepas berada di luar sekatan jalan raya dan di luar kawasan rumah.

“Antara alasan yang mereka berikan apabila ditahan adalah keluar rumah untuk melawat keluarga dan membeli barangan dapur termasuk makanan kucing.

“Sebelum ini kita telah memberi arahan penduduk tidak boleh keluar kawasan Temco sebaik sahaja perintah itu dilaksanakan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya