6 ditahan gara-gara bergaduh masalah perniagaan - Utusan Malaysia

6 ditahan gara-gara bergaduh masalah perniagaan

SALAH seorang suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan kerana masalah perniagaan dalam satu kejadian di Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Enam lelaki yang dipercayai bergaduh kerana masalah perniagaan dalam satu insiden yang berlaku di Tampoi di sini berjaya ditahan polis, Selalu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, kesemua suspek diberkas di sekitar bandar raya ini sehari selepas pergaduhan itu berlaku.

Katanya, pergaduhan yang dilaporkan berlaku pada pukul 10.20 malam itu melibatkan 12 suspek berusia antara 21 hingga 36 tahun, namun, hanya enam berjaya ditahan setakat ini.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian mengenai dua rakan kongsi perniagaan. Pergaduhan ini turut melibatkan penggunaan senjata seperti parang, rotan dan kerusi plastik di kawasan kediaman itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Tambah beliau, seorang suspek mengalami kecederaan patah tangan akibat pergaduhan itu selain sebuah kenderaan Mercedes Benz dan pondok keselamatan mengalami kerosakan. 

“Pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan termasuk terhadap suspek mendapati kesemuanya negatif. 

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan untuk memburu enam lagi suspek yang masih bebas,” ujarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya