160  dipindahkan ekoran banjir kilat  - Utusan Malaysia

160  dipindahkan ekoran banjir kilat 

PASUKAN Bomba dan Penyelamat negeri membantu mangsa banjir di sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seramai 160 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ekoran banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar kawasan ini sejak malam semalam.

Mereka terdiri daripada 70 buah keluarga yang terjejas teruk termasuk air memasuki rumah sehingga paras satu meter ekoran hujan lebat beberapa jam bermula pukul 7 malam semalam.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri memberitahu, mangsa ketika ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Surau Sungai Duri dan Dewan Serbaguna Sungau Duri dekat sini.

“Ketika ini juga, paras air semakin surut dan kerja-kerja menyelamat serta memindahkan mangsa berakhir kira-kira pukul 1.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, portal Penang Alert yang memaparkan info terkini mengenai situasi semasa termasuk bencana di negeri ini turut mengesahkan bahawa beberapa kawasan dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) turut dinaiki air.

Menurut portal terbabit, antara lokasi yang dikenal pasti terlibat buat masa ini termasuk Taman Widuri, Kampung Sungai Buaya, Kampung Besar, Halaman Indah dan Taman Duri dengan purata kedalaman paras air sekitar 0.6 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya