Tiga lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Tiga lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut sumber, tiga lelaki berusia antara 40 tahun hingga 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam di Ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Kata sumber, hasil soal siasat yang dijalankan mendedahkan rangkaian sindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis berkenaan.

“Ketiga-tiga anggota penguat kuasa akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM menahan lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok berbangsa Acheh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN