PUTRAJAYA: Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman enam hari untuk membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
Perintah reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini antara pukul 1 hingga 2 petang, semalam selepas hadir memberi keterangan.
Terdahulu, SPRM mendapat perintah reman terhadap enam individu termasuk seorang peniaga selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama. -UTUSAN ONLINE