Tiga ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM3 juta - Utusan Malaysia

Tiga ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ahli lembaga pengarah dan dua pengarah syarikat berhubung kes rasuah yang melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta.

Ketiga-tiga individu berusia antara 39 tahun hingga 73 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, petang semalam.

Menurut sumber, mereka disyaki memberi dan menerima rasuah yang melibatkan wang berjumlah RM3 juta.

“Ini berkaitan pengambilalihan projek pembalakan di sebuah daerah di Pahang seluas 6,591.67 ekar pada tahun 2015.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua tangkapan akan dihadapkan ke mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya