Tiada kompromi warga asing jalankan perniagaan - Utusan Malaysia

Tiada kompromi warga asing jalankan perniagaan

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi secara berskala bagi membanteras kegiatan warga asing berniaga secara tidak sah di seluruh negara termasuk di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, dekat sini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun sepanjang operasi dijalankan terdapat isu yang mana warga asing berkahwin dengan rakyat tempatan.

Selain itu, katanya, terdapat premis perniagaan yang sanggup menggaji pekerja asing secara sah tetapi menyerahkan pengurusan premis kepada mereka.

“Tiada kompromi terhadap mana-mana warga asing yang didapati berniaga. Sekiranya kita mendapati mereka menjalankan perniagaan, Jabatan Imigresen tidak teragak-agak menahan dan mendakwa sebelum mengusir mereka keluar dari negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan berasingan, mengulas mengenai video tular di laman sosial mengenai warga asing menguasai kawasan di Selayang, Khairul Dzaimee memberitahu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas enam kedai di kawasan tersebut kira-kira pukul 12.30 petang ini.

Ujarnya, pemeriksaan turut dilakukan ke atas dua kedai yang ditularkan dalam video tersebut ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mana telah menyita kedai menjual sayur-sayuran.

“Hasil semakan mendapati individu dalam video berkenaan adalah warganegara Malaysia yang bernama Jamal Rahman dan pengesahan telah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Menerusi operasi itu, tiga lelaki warga asing ditahan di dalam kedai yang berlainan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen Seksyen 6 (1)(c) dan melanggar Peraturan Imigresen 39b,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya