Tiada kompromi anggota Jabatan Perhilitan terlibat - Utusan Malaysia

Tiada kompromi anggota Jabatan Perhilitan terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perhilitan negeri tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai serta anggotanya yang terlibat dalam aktiviti pemburuan haram berskala besar di negeri ini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci untuk memastikan pihak terlibat diheret ke muka pengadilan.

“Kita akan buat siasatan dalaman berkenaan perkara ini kerana kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini.

“Pihak jabatan juga bersedia bekerjasama dengan pihak polis sepenuhnya jika ada siasatan yang berkaitan dijalankan ke atas kakitangan jabatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan kemurkaan kerana aktiviti pemburuan haram masih berlaku di beberapa kawasan hutan di negeri ini termasuk di kawasan Taman Negara Endau-Rompin dan Kahang, Kluang.

Baginda turut meluahkan kekecewaan kerana telah membangkitkan isu berkenaan sebelum ini namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Sultan Ibrahim turut bertitah mahukan dalang disebalik kegiatan pemburuan haram itu serta mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya