Tengkorak, tulang manusia tepi tong sampah - Utusan Malaysia

Tengkorak, tulang manusia tepi tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang lelaki tergamam sebaik sahaja menemukan satu objek menyerupai tengkorak manusia di tempat longgokan sampah berhampiran sebuah gudang platform e-dagang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini malam kelmarin.

Penemuan tengkorak manusia yang lengkap dengan set gigi atas itu ditemukan lelaki terbabit ketika melalui laluan berkenaan kira-kira pukul 7.10 malam.

Dia kemudiannya memaklumkan kepada penduduk kampung berhampiran sebelum menghubungi polis di Balai Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A.A Anbalagan berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian telah menemukan dua tengkorak dan serpihan tulang badan manusia dalam bungkusan plastik.

“Siasatan lanjut mendapati tulang-tulang tersebut tertera dengan penanda dan kemungkinan besar bagi tujuan pembelajaran atau kegunaan di universiti.

“Temu bual dengan saksi bebas di sekitar tempat kejadian mengatakan hanya menyedari objek tengkorak menyerupai kepala manusia lalu memaklumkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau, setakat petang semalam tiada saksi bebas tampil memberi keterangan berkaitan individu yang membuang barangan kes tersebut di tempat kejadian.

Jelasnya, polis telah menyerahkan kesemua serpihan tulang itu kepada pihak Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dianalisa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya