Surat tawaran anugerah darjah kebesaran Perak palsu - Utusan Malaysia

Surat tawaran anugerah darjah kebesaran Perak palsu

SURAT palsu tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Perak yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menafikan ada mengeluarkan surat tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Perak yang membawa gelaran Datuk kepada individu tertentu.

Surat pengurniaan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang kini tular dalam media sosial itu merupakan surat palsu. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Surat palsu berkenaan kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan telah menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak.

“Surat itu juga menyebut darjah ini akan dianugerahkan pada satu upacara pada 25 September di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

“Perbuatan ini adalah satu jenayah penipuan yang amat serius dengan tujuan untuk memperdaya orang ramai, menjejaskan nama baik Sultan Perak serta mencemarkan institusi diraja Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Ahmad Suadi berharap orang ramai mengambil maklum mengenai perkara itu dan mengelak daripada terpedaya dengan cubaan individu tertentu yang melakukan penipuan demi kepentingan peribadi mereka.

Beliau turut menggesa  mana-mana individu yang telah menerima surat  berkenaan dapat tampil bagi membuat laporan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya