Surat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak palsu - Utusan Malaysia

Surat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak palsu

Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Surat ‘pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak’ yang tular di media sosial adalah palsu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkat, surat tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri.

Ahmad Suaidi berkata, mereka telah membuat laporan polis semalam supaya siasatan lanjut dijalankan.

“Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang menerima surat berkenaan dapat tampil ke depan bagi membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan bahawa penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk.

Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 Sept ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya