Strategik tangkis liberalisme dan pluralisme - Utusan Malaysia

Strategik tangkis liberalisme dan pluralisme

Mohd. Tahrir Samsuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyebaran ajaran liberalisme dan pluralisme di negara ini khususnya Johor dapat ditangkis sekiranya semua pihak berganding bahu merencanakan strategik dakwah.

Tokoh Maal Hijrah Negeri Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsuddin berkata, kerja-kerja dakwah adalah sepanjang masa dan tugas itu tidak terhenti serta perlu diteruskan hingga hari ini dengan menangani kedua-dua ajaran tersebut.

“Agama Islam ini seperti cahaya matahari yang tiada siapa boleh menghalangnya, maka soal sama berlaku kepada liberalisme dan pluralisme. Dua ajaran ini tidak sekat cahaya Islam.

“Maka sejak dahulu lagi, usaha dakwah tidak pernah putus, maka kedua-dua ajaran ini boleh ditangkis melalui usaha dakwah yang dimainkan oleh semua pihak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442 Peringkat Negeri Johor di Pusat Iskandar Johor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd. Tahrir diumumkan penerima Anugerah Maal Hijrah Tahun 1442H Peringkat Negeri Johor.

Beliau menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan bernilai RM 2,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Dalam pada masa, bekas Mufti Johor itu menyifatkan penganugerahan berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya sepanjang berkhidmat di institusi agama negeri ini.

Katanya, usaha untuk memartabatkan syiar Islam di Johor tidak pernah hilang walaupun sudah dua tahun bersara daripada kerajaan.

“Insya Allah saya akan teruskan kerja-kerja dakwah ini sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, pembantu tadbir, Nur Salina Pei Abdullah, 32, yang diumumkan penerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita berkata, meskipun penghijrahan kepada Islam pernah ditentang keluarga, namun tidak cintanya kepada agama itu tidak pernah pudar.

“Alhamdulillah, semakin kelamaan mereka kini sudah menerima berita pemelukan saya kepada agama Islam.

“Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar mereka diberikan hidayah untuk menganut Islam pada satu hari kelak,” katanya.

Selain itu Nur Salina, turut diumumkan penerima Anugerah Maal Hijrah Orang Asli adalah Yusri Abdullah, 40, yang merupakan Orang Asli Suku Jakun.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM2,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan bernilai RM1,000. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya