Stok beras, makanan negara konsisten - Utusan Malaysia

Stok beras, makanan negara konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedudukan stok beras di peringkat kilang, borong dan runcit masih berada pada tahap konsisten meskipun negara sedang berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, purata stok beras negara ketika ini adalah antara 400,000 hingga 500,000 tan metrik setiap bulan berbanding keperluan bulanan sebanyak 200,000 tan metrik.

“Kita bersyukur semasa pandemik ini berlaku, bekalan makanan negara berada pada tahap stabil dan terkawal.

“Bekalan ayam, telur ayam, susu segar, daging lembu dan kerbau yang kebanyakannya dihasilkan secara tempatan dan diimport mencukupi untuk keperluan semasa,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ni.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menyatakan mekanisme dan langkah konstruktif untuk meningkatkan sekuriti makanan negara dalam menghadapi kejutan krisis.

Ahmad berkata, pihaknya merangka beberapa mekanisme dan langkah konstruktif bagi meningkatkan sekuriti makanan dalam negara ketika krisis pandemik serta bencana.

Beliau berkata, antaranya adalah merancakkan aktiviti pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dengan pemberian subsidi atau insentif input serta penyediaan khidmat nasihat teknikal.

“Kementerian juga menambah baik infrastruktur dan kemudahan seperti jalan, saliran kawasan sawah padi dan kompleks jeti pendaratan ikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya