Sindiket seludup arak tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket seludup arak tumpas

ANGGOTA polis PGA Semenyih menjalankan pemeriksaan pada sebuah lori yang membawa arak seludup di Kilometer 19.2 Klang - Shah Alam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan satu sindiket yang menyeludup arak dengan membuat pengisytiharan palsu sebagai lampin pakai buang gagal apabila perbuatan itu dikesan pihak berkuasa di Kilometer 19.2 Klang – Shah Alam di sini kelmarin.

Malah, dalam serbuan dilakukan pasukan polis Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih turut menahan seorang lelaki merupakan pemandu lori berusia 39 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap lori yang dipandu warga tempatan pada pukul 10 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati bahagian belakang lori ini telah ditutup dengan tulisan sebuah pasar raya di dalam keadaan mencurigakan.

“Kita telah menjalankan pemeriksaan dan menemukan 373 kotak minuman keras yang diseludup pelbagai jenama dianggarkan berjumlah RM407,802.26  termasuk cukai. Turut dirampas ialah lori dan telefon bimbit untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Zulafendy,  siasatan awal mendapati arak tersebut dipasarkan di sekitar Klang dan Kuala Lumpur.

“Kita percaya, dengan penangkapan ini, satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai dapat dilumpuhkan.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Klang dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya