Setengah jam bawa turun pasangan OKU guna tangga flat - Utusan Malaysia

Setengah jam bawa turun pasangan OKU guna tangga flat

ANGGOTA bomba membawa turun pasangan beradik OKU menggunakan laluan tangga dari aras tiga Flat Sinar, Jelutong, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGETOWN: Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk membawa turun dua beradik orang kurang upaya (OKU) dari kediaman mereka di aras tiga flat Sinar, Jelutong di sini ekoran lif bangunan itu tidak berfungsi semalam.

Pasangan terbabit, Noor Farhana Packeer Mohamad, 24, dan abangnya, Mohamad Yassin, 28, yang dikatakan lumpuh seluruh badan dibawa turun menggunakan kerusi melalui laluan tangga blok tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat bantuan terbabit pada pukul 11 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

“Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian didapati terdapat dua adik-beradik OKU yang berada di dalam rumah memohon bantuan untuk dibawa turun ke tingkat bawah.

“Pasukan kita mengambil masa selama setengah jam mengangkat mereka menggunakan kerusi roda melalui laluan tangga blok tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau memberitahu, dua beradik itu kemudiannya diserahkan kepada waris mereka yang menunggu di bawah dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah hari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya