Selangor pantau menyeluruh kontak rapat Kluster Sivagangga - Utusan Malaysia

Selangor pantau menyeluruh kontak rapat Kluster Sivagangga

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memantau  perkembangan dan maklumat seorang jemaah Surau Al-Jannah, Seksyen 23 di sini yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga di Napoh, Jitra Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menerusi Jawatankuasa Bencana Negeri menjalankan pemantauan itu secara menyeluruh dan menyifatkannya sebagai perkara serius.

“Setakat ini kita masih menunggu maklumat berhubung kontak rapat tersebut.

“Sekiranya individu ini didapati positif Covid-19, kita akan mengambil tindakan susulan lain kelak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Larangan Meminum Arak dan Merokok di Kawasan Taman Awam Selangor di Taman Tasik Shah Alam di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan penutupan Surau Al-Jannah Jannah serta-merta apabila seorang jemaah dikesan mempunyai kontak rapat individu positif Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

Pada masa sama, Amirudin meminta orang ramai supaya terus berwaspada dan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita perlu ingat bahawa Covid-19 masih ada di negara ini dan segala peraturan ditetapkan wajib dipatuhi bagi mengelak ia terus merebak,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN