Selangor kutip cukai pelancongan RM21. 8 juta - Utusan Malaysia

Selangor kutip cukai pelancongan RM21. 8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SHAH ALAM: Selangor mencatatkan cukai pelancongan sebanyak RM21.8 juta pada tahun lalu. 

Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, pengiraan cukai itu termasuk kos dikenakan kepada pelancong yang menginap di hotel dan perkhidmatan. 

“Cukai tersebut bertujuan untuk menjana dana dalam usaha menyokong pembangunan industri pelancongan di negeri ini. 

“Cukai pelancongan ini penting bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengunjung. Malah, kutipan cukai ini akan digunakan dalam proses mengindahkan dan mencantikan kawasan tumpuan pelancongan,” katanya pada sidang akhbar berkenaan Kejohanan Golf Classic di Kota Permai Golf dan Country Club di sini hari ini. 

Ketika ditanya berkenaan kadar perolehan cukai untuk negeri ini selepas sektor pelancongan terjejas akibat Covid-19, beliau berkata, cukai pelancongan dikecualikan sehingga Jun tahun depan. 

“Saya difahamkan pengecualian cukai oleh kerajaan itu sebagai inisiatif dalam usaha mengggalakkan pelancongan domestik yang turut terjejas ekoran wabak itu. 

“Cukai kita masih bergantung kepada arahan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Malaysia. Namun, pihak berkuasa tempatan masih mengutip cukai daripada pemain industri pelancongan,” katanya. 

Berkenaan Kejohanan Selangor Golf Classic 2020 pula, Azrul Shah berkata, Tourism Selangor bekerjasama dengan Liberty Golf Services menganjurkan kejohanan itu pada 29 hingga 30 September di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan dan Kota Permai Golf & Country Club. 

“Kita menjangkakan dapat menarik lebih 100 pemain golf amatur di seluruh negara dengan menawarkan hadiah lebih RM30,000,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya