'Selamat datang Luqman' - Utusan Malaysia

‘Selamat datang Luqman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjalanan pertama Luqman Hakim Shamsudin di Belgium bermula apabila dia diperkenalkan secara rasmi oleh KV Kortrijk semalam.

Selepas mengharungi 13 jam perjalanan, penyerang remaja sensasi itu tiba di Brussels pada pukul 1 petang (7 malam waktu Malaysia).

Dia disambut ejennya dari EL-EF Sport, wakil kelab dan kedutaan Malaysia sebelum dibawa ke Stadium Guldensporen, gelanggang rasmi pasukan.

LUQMAN Hakim bersama ejennya ketika tiba di Brussels semalam.

Luqman, 18, kemudian diberikan jersi No. 9, nombor yang biasanya digunakan oleh penyerang utama sebelum diperkenalkan secara rasmi.

Pengenalan Luqman sebagai keluarga baharu Kortrijk turut dimuat naik dalam media sosial kelab.

Luqman akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di hotel penginapan yang disediakan kelab sebelum memulakan latihan bersama skuad utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya