Saksi-saksi baharu kes Adib mungkin dipanggil - Utusan Malaysia

Saksi-saksi baharu kes Adib mungkin dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan memanggil saksi-saksi baharu bagi membantu polis dalam siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, dua tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, JBPM tiada masalah berhubung hal itu dan pihaknya akan membantu polis yang mencadangkan mahu mengkaji semula saksi-saksi kes tersebut.

“Mungkin kita juga akan panggil saksi-saksi baharu bagi membantu polis. Buat masa ini, tiada dapatan baharu untuk dipersembahkan tetapi kita akan mohon polis mempertingkatkan lagi siasatan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Majlis Korban JPBM 2020 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Pada majlis itu, Zuraida menyumbang sebanyak empat ekor lembu untuk program korban tersebut sementara timbalannya, Datuk Sri Dr. Ismail Abdul Muttalib menyumbangkan dua ekor lembu.
Sebelum ini, polis dilapor mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan sebuah pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi kes tersebut.

Saksi itu termasuk dua pakar perunding kanan patalogi berhubung kes kematian arwah Muhammad Adib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya