Rumah kongsi terbakar, 1,140 pekerja warga asing hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Rumah kongsi terbakar, 1,140 pekerja warga asing hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 1,140 warga asing hilang tempat tinggal apabila rumah kongsi yang diduduki mereka musnah dalam kebakaran ydi Jalan Labu LBJ, Taman Gadong Jaya, Labu, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Ahmad Mukhlis Ahmad Mukhtar berkata, kebakaran memusnahkan 42 blok rumah kongsi yang diperbuat daripada kayu dan dianggarkan seluas lebih dua hektar.

“Kebakaran melibatkan rumah kongsi pekerja kontrak warga asing jenis sementara. Sebanyak 42 blok atau 840 pintu musnah manakala tujuh blok lagi (140 pintu) dapat diselamatkan.

“Terdapat penghuni pekerja asing seramai 1,140 yang selamat. Api berjaya dikawal kira-kira pukul 5.15 petang dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Ahmad Mukhlis, menambah kebakaran tersebut bermula kira-kira pukul 4 petang dan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.20 petang.

“Sebuah jentera bomba dan ‘water tanker’ bersama 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 ke lokasi sambil dibantu sebuah jentera dari
Balai Bomba dan Penyelamat Seremban bersama tujuh anggota serta tiga anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Mambau,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya