RM13 juta baiki pembetung Tambak Johor - Utusan Malaysia

RM13 juta baiki pembetung Tambak Johor

MOHD. SOLIHAN BADRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM13 juta diperlukan kerajaan negeri bagi membina dan membaiki saliran pembetung (culvert) di bawah Tambak Johor. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, kerja penyelenggaraan itu penting bagi memastikan aliran air di Selat Johor mengalir dengan lancar. 

Katanya, pihak kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan peruntukan itu kepada kerajaan Pusat menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

“Terdapat 10 saliran pembetung setakat ini, namun lapan daripadanya terkambus kesan daripada projek pembangunan manakala dua lagi masih berfungsi. 

“Dua pembetung yang masih berfungsi itu akan diperbaiki manakala lapan lagi sekiranya boleh akan ditukar yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Memasang Bendera Sempena Hari Kebangsaan di Tambak Johor di sini semalam.

Tambahnya, sekiranya peruntukan tersebut diluluskan, kerja pembinaan dan baik pulih dijangka akan dimulakan pertengahan tahun depan. 

“Pembinaan pembetung dengan garisan lintang sepanjang 1.8 meter akan mengalirkan air laut daripada timur ke barat. 

“Selain dapat meningkatkan kualiti air, projek ini akan turut mengelakkan pencemaran, mengatasi bau busuk sekali gus membolehkan hidupan marin hidup dengan lebih baik,” ujarnya. 

Mohd. Solihan turut memberitahu, projek pembinaan tersebut tidak akan menjejaskan struktur Tambak Johor dan menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku. 

“Usaha itu juga dapat mengelakkan kejadian ribuan ikan mati di Pantai Lido pada 28 Ogos tahun lalu daripada berulang,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya