Rasuah: SPRM Selangor tahan pegawai wanita agensi kerajaan - Utusan Malaysia

Rasuah: SPRM Selangor tahan pegawai wanita agensi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai wanita sebuah agensi kerajaan di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM18,000.

Wanita berusia 37 tahun tersebut ditahan di Sungkai, Perak kira-kira pukul 11.45 tengah hari ini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan dan dorongan membantu mendapatkan kontrak pembekalan di jabatan tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya