Rakyat perlu ambil serius pemakaian pelitup muka - Sultan Johor  - Utusan Malaysia

Rakyat perlu ambil serius pemakaian pelitup muka – Sultan Johor 

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan polis agar meningkatkan pemantauan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Titah baginda, pemakaian pelitup muka adalah penting bagi mencegah jangkitan Covid-19.

“Sejak SOP dikuatkuasakan, saya melihat khususnya di Johor, polis sudah mula mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Rakyat tidak seharusnya memandang ringan pematuhan SOP ini, ketika kerajaan bersama jabatan serta agensi berkaitan bertungkus-lumus membendung penularan wabak Covid-19,” titah baginda dalam hantaran baharu Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim menegaskan, dengan adanya pertambahan kluster-kluster baharu, rakyat perlu mengambil serius perkara itu.

Bermula 1 Ogos lalu, pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.

Mereka yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Arahan itu juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya