Pusat Kesihatan Komuniti diperluas - Utusan Malaysia

Pusat Kesihatan Komuniti diperluas

RINA Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU :Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan Pusat Kesihatan Komuniti di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat mendapat akses kepada amalan hidup sihat dengan lebih mudah dan murah.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, penubuhan pusat sedemikian juga mampu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penjagaan kesihatan.

“Pusat Kesihatan Komuniti ini menyediakan perkhidmatan percuma melibatkan sesi perundingan dan sesi senaman dengan peralatan gimnasium kepada golongan masyarakat menderita empat penyakit iaitu darah tinggi, diabetis, jantung dan obesiti.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai empat penyakit berkenaan, mereka hanya dikenakan bayaran RM50 untuk 12 sesi perundingan dan sesi senaman yang diselia pakar kesihatan serta pemakanan bertauliah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Azlinda Unity Wellness Centre di Balai Raya Taman Suria, di sini hari ini.

Sementara itu, Rina berkata, Pusat Kesihatan Komuniti – Azlinda Unity Wellness Centre di Balai Raya Taman Suria itu merupakan yang pertama di negara ini.

Katanya, pusat kesihatan komuniti itu akan dibuka setiap hari kecuali Ahad, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Saya berharap masyarakat setempat akan memanfaatkan pusat kesihatan komuniti ini khususnya mereka yang menderita empat penyakit berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya