Pusat karaoke tidak patuh SOP diarah tutup 7 hari - Utusan Malaysia

Pusat karaoke tidak patuh SOP diarah tutup 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebuah pusat karaoke keluarga di sini diarah tutup selama tujuh hari selepas dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya ketika Op Ambang Merdeka bermula kira-kira pukul 8 malam semalam.

Selain itu, tambah beliau, sebuah pusat hiburan di Mak Mandin dekat sini turut diberi amaran kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. 

“Kita mahu setiap premis yang beroperasi melaksanakan setiap SOP bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, dalam operasi sama malam semalam juga, seramai 558 individu dan 432 kenderaan diperiksa di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.

Tambahnya, sebanyak 12 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya manakala seorang lelaki ditahan kerana memilik 4.6 gram dadah disyaki heroin dan 1.1g syabu selain seorang individu turut ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

“Sebanyak 70 kenderaan juga diperiksa dan 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya