TANJUNG MALIM: Tiga calon tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim ( MDTM) di sini hari ini untuk menyerahkan borang pencalonan.
Calon Bebas, Profesor S. Santharasekaran, 44, calon pertama tiba di Pusat Penamaan pada pukul 8.50 pagi.
Ini diikuti calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Abdul Aziz, 43, pada pukul 8.58 pagi.
Sorang lagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, tiba pada pukul 9 pagi.
Mereka tiba bersama pencadang dan penyokong masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos.
PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datukn Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd. Khusairi yang mewakili BN mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu, Mohd. Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal. – UTUSAN ONLINE