PGA tahan lapan PATI cuba seludup masuk - Utusan Malaysia

PGA tahan lapan PATI cuba seludup masuk

PATI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Belum lagi kebenaran rentas sempadan dibenarkan, namun sudah ada pendatang asing tanpa izin (PATI) berani menyusup masuk ke negara menggunakan laluan laut.

Pergerakan lapan PATI warga Indonesia itu berjaya dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 di sekitar Sungai Nipah, Sungai Besar di sini, semalam.

Kesemua mereka berusia 24 hingga 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Zulafendy Hassan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Op Benteng Covid-19 di sekitar kawasan tersebut.

 “Siasatan awal mendapati kesemua mereka termasuk tiga wanita ini baru tiba dari Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menaiki bot.

 “Mereka kemudian mendarat di pesisir pantai Sungai Besar sebelum ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Menurut beliau, semua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut.

 “Kes disiasat mengikut bawah Akta Imigresen 1959/63. Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya