Pesakit Covid-19, Adventist Penang ambil langkah segera - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19, Adventist Penang ambil langkah segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Adventist Hospital (PAH) di sini telah mengambil tindakan segera dan tegas mengikuti garis panduan Kementerian Kesihatan selepas seorang pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 7 Ogos lalu.

PAH dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan secara teliti di seluruh kawasan hospital berkenaan.

Selain itu, katanya, petugas kesihatan dan kakitangan hospital serta individu yang pernah berkontak rapat dengan pesakit tersebut turut dikesan dan dihubungi dengan serta-merta.

“Pihak PAH telah memastikan langkah-langkah kawalan jangkitan dilaksanakan mengikut garis panduan untuk menjamin keselamatan kakitangan, doktor, pesakit dan pengunjung,” kata kenyataan itu. 

Semalam, PAH dimaklumkan Jabatan Kesihatan Kedah mengenai seorang pesakit wanita berusia 56 tahun yang dimasukkan ke hospital itu kerana jangkita luka pada kaki.

Wanita warga tempatan itu dikenal pasti merupakan kontak rapat kepada salah satu kes positif Covid-19 di Kedah dan segera dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pukul 7.30 petang semalam.

Pesakit tersebut kemudiannya disahkan positif Covid-19 di HPP kira-kira pukul 4 petang tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya