Permohonan ujian kemasukan tingkatan satu, empat sekolah khusus mulai 7 September - Utusan Malaysia

Permohonan ujian kemasukan tingkatan satu, empat sekolah khusus mulai 7 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kaedah
pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid-murid ke sekolah khusus dengan permohonan secara berpusat mulai 7 September ini.

Sekolah khusus tersebut ialah sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah teknik (SMT), kolej vokasional (KV) dan maktab tentera diraja (MTD) untuk sesi pengajian tahun depan.

Sehubungan itu, kementerian itu membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid tingkatan satu dan tingkatan empat ke sekolah khusus secara ‘single entry point’.

Kementerian itu memberitahu, sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga
kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Jelas kementerian itu, permohonan kemasukan ke sekolah khusus berkenaan melibatkan SBP untuk tingkatan satu dan tingkatan empat, SMKA (tingkatan satu dan tingkatan empat); SMT (tingkatan empat); KV (tahun satu Sijil Vokasional Malaysia) dan MTD untuk kemasukan ke tingkatan empat.

“Sehubungan itu, permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my dan permohonan ke tingkatan empat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

“Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara,” kata kementerian berkenaan.

Tarikh bagi permohonan dalam talian bagi tingkatan satu adalah pada 7 September sehingga 2 Oktober ini.

Semakan pusat pentaksiran pula pada 7 hingga 23 Oktober ini manakala pelaksanaan pentaksiran pada 12 hingga 23 Oktober ini.

Bagi tingkatan empat dan tahun satu Sijil Vokasional Malaysia, permohonan dalam talian pada 7 September hingga 2 Oktober ini, semakan pusat pentaksiran pula pada 12 Oktober hingga 6 November ini.

Bagi pelaksanaan pentaksiran adalah pada 26 Oktober hingga 6 November ini.

Kementerian itu menambah, pentaksiran kemasukan sekolah khusus yang akan dilaksanakan itu merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah sebanyak 20 peratus, Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).

Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Maklumat lanjut berhubung pentaksiran berkenan akan dimaklumkan melalui portal kementerian pada 1 September 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya