Penolong pegawai penguat kuasa MBSA direman seminggu - Utusan Malaysia

Penolong pegawai penguat kuasa MBSA direman seminggu

PENOLONG pegawai penguat kuasa MBSA dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) direman seminggu untuk membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira pukul 9.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, empat penguat kuasa dan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh direman seminggu bagi membantu siasatan kes sama.

Mereka disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN