Pengundi ikut masa mengundi dicadang SPR - Utusan Malaysia

Pengundi ikut masa mengundi dicadang SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati terhadap proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini yang berjalan lancar dan tiada kesesakan di pusat mengundi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keadaan itu dibantu kerjasama pengundi yang mengikut masa keluar mengundi yang dicadangan SPR.

Menurutnya, tinjauan pagi ini mendapati peratusan warga emas yang keluar mengundi agak ramai sehingga keadaan sesak sedikit di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara dan SK Trolak Selatan.

“Jika ikut trend, memang pengundi mengikut masa mengundi yang dicadangkan pada voter’s card (kad pengundi).

“Jumlah warga emas yang keluar mengundi pada pagi ini agak ramai mungkin mereka keluar mengundi bersama keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaaan (SK) Aminuddin Baki di sini hari ini.

Ditanya mengenai kegiatan peraih undi yang didakwa tetap berkempen untuk calon masing-masing berhampiran pusat mengundi, Abdul Ghani berkata, ia menyalahi peraturan.

“SPR tidak galak kegiatan itu dan sememangnya tidak boleh cuma jika mendirikan khemah untuk memberi kemudahan kepada parti yang terlibat, itu tiada masalah,” katanya.

Abdul Ghani bagaimanapun berkata, berdasarkan lawatan ke pusat mengundi, proses pengundian berjalan dengan aman dan tiada kegiatan meraih undi saat akhir.

“Kalau sebelum ini, kita nak masuk ke pusat pengundian pun susah sebab ramai peraih undi.

“Tapi di sini tiada. Ini satu perubahan kepada parti yang terlibat kerana sudah sedar tak ada keperluan untuk merayu undi sebab orang yang nak mengundi sudah tetapkan apa yang nak diundi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya