Pendaki OKU diusung turun puncak Bukit Kertau - Utusan Malaysia

Pendaki OKU diusung turun puncak Bukit Kertau

ANGGOTA bomba dan pasukan penyelamat membawa turun mangsa yang cedera ketika mendaki Bukit Kertau di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kegembiraan sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Bukit Kertau di sini bertukar cemas selepas seorang daripada mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) terjatuh dan cedera.

Mangsa Amir Fuad Ahmad Fauzi, 29, yang memegang kad OKU masalah pembelajaran mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri sehingga tidak dapat berjalan menuruni bukit. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Samsul Effendi Sulaiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kira-kira pukul 11.12 pagi. 

“Apabila tiba di tempat kejadian pihak bomba memberikan rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung.

“Setibanya di bawah mangsa diserahkan kepada pihak Klinik Kesihatan Chenor,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya