Pemimpin DAP hadir beri sokongan kepada Guan Eng - Utusan Malaysia

Pemimpin DAP hadir beri sokongan kepada Guan Eng

FONG Kui Lun (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh ketika ketika hadir di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa serta pemimpin DAP mula berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi memberi sokongan kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang akan didakwa berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy; bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, penyokong Guan Eng mula berkumpul pada pukul 8.30 pagi dan berpakaian putih tanda solidariti.

Hari ini, Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 9 pagi 10 Ogos ini atas kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.

Setiausaha Agung DAP itu juga kemudian akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) atas kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.

Tuduhan itu dibuat selepas SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara.

Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN