Pelajar perlu tingkatkan kemahiran insaniah - Utusan Malaysia

Pelajar perlu tingkatkan kemahiran insaniah

raja muda perlis
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Para pelajar perlu meningkatkan kemahiran insaniah dalam kehidupan harian sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian bagi mengelakkan mereka ketinggalan dalam dunia sekarang yang penuh dengan persaingan.

Baginda mengambil contoh kemahiran komunikasi bertulis dalam laman Facebook, Twitter dan Instagram yang perlu ditullis dengan penggunaan bahasa yang sesuai, mudah difahami serta mengambil kira ketepatan fakta. 

“Pelajar boleh mengasah kemahiran membuat pembentangan melalui ‘live’ di Facebook atau Instagram. Perbanyakan membaca kerana boleh menjadikan pelajar berfikiran kritis, rasional serta berpengetahuan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan taklimat sempena pendaftaran mahasiswa baharu diploma Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sidang akademik 2020/2021 di Auditorium Bangunan Canselor Unimap Pauh Putra, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin selaku Tuanku Canselor Unimap bertitah, para pelajar juga hendaklah memanfaatkan segala sumber atas talian yang ada.

 “Wujudkanlah kumpulan belajar yang membolehkan diskusi serta saling membantu agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Maklumkanlah sebarang masalah kepada para pensyarah agar segera dibantu,” titah baginda lagi.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya