Pekerja Bangladesh pasang bendera negeri Kedah terbalik - Utusan Malaysia

Pekerja Bangladesh pasang bendera negeri Kedah terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pemilik restoran makanan laut mendakwa tidak menyedari pekerjanya yang merupakan warga Bangladesh memasang bendera Kedah secara terbalik di premis tersebut di pekan Pandak Mayah, Kuah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati pemilik restoran terbabit sebelum itu menyuruh pekerjanya memasang bendera negeri Kedah, namun dipasang secara terbalik.

Katanya, pemilik restoran makanan laut dan pekerjanya itu telah ditahan selepas gambar bendera dipasang terbalik tersebut tular dalam media sosial kelmarin.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 6 petang semalam.

“Selepas itu, polis bertindak menahan dua individu terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Iqbal menambah, pihaknya juga sedang menyiasat lanjut berhubung permit kerja pekerja warga asing itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya